Sejarah

Kubu sebagai binaan pertahanan

Kubu merupakan satu binaan berkonsepkan defensif yang dibina sebagai persiapan menghadapi serangan ataupun mempertahankan sesuatu kawasan. Teknologi, perkembangan dan perkembangan kubu pertahanan seiring bermula apabila manusia terdedah kepada konflik, peperangan dan bagaimana untuk mempertahankannya. Sehingga pada satu peringkat, kubu diiktiraf sebagai lambang status kemegahan dan kebanggan sesebuah pemerintahan iaitu melalui konsep pembinaan istana di dalam …

Kubu sebagai binaan pertahanan Baca Selanjutnya »

Nilai tinggi sejarah artifak perang

Penenggelaman dua kapal perang Tentera Laut Diraja British (RN), HMS Prince of Wales dekat perairan Pahang setelah dibom oleh pesawat-pesawat Tentera Imperial Jepun pada 10 Disember 1941 akan terus dikenang dalam catatan sejarah Perang Dunia Kedua. Ini kerana buat pertama kali menyaksikan kapal perang yang dikategorikan ‘hebat’ ditenggelamkan secara total hanya menerusi serangan pesawat-pesawat udara …

Nilai tinggi sejarah artifak perang Baca Selanjutnya »

Memori ‘perang’ di pantai Pak Amat

(Nota: Artikel ini pernah tersiar di dalam sebuah akhbar tempatan pada tahun 2008 hasil pertemuan penulis dengan beberapa penduduk kampung ketika itu yang merupakan ‘saksi hidup’ serangan Jepun ke atas Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan semasa Perang Dunia Kedua. Ia disiarkan dalam Informasi Tempur sebagai mengenang detik  ‘Perang Jepun’ dalam lipatan sejarah negara). Serangan tentera …

Memori ‘perang’ di pantai Pak Amat Baca Selanjutnya »

Berakhirkah era PKM?

Selepas ‘berjuang’ selama kira-kira 20 tahun, PKM melalui Jawatakuasa Pusatnya akur untuk berdamai dan meletak senjata pada 2 Disember 1989 hasil Rundingan Hatyai. Kini, selepas 30 tahun seakan-akan ada usaha untuk menyemarakkan kembali pengaruh komunisme dengan mengangkat komrad-komrad PKM sebagai sebahagian daripada barisan pejuang negara. ISU abu mayat Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin …

Berakhirkah era PKM? Baca Selanjutnya »

Kapten Mohd. Khalid, pembawa Suratcara Kemerdekaan

Setiap kali sambutan Hari Kebangsaan, visual Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman melafazkan laungan keramat ‘merdeka’ kerap diputar semula baik di kaca televisyen maupun paparan media sosial. Pada masa sama, sosok seorang pegawai lelaki di sebelahnya pasti menancap mata kita. Mungkin ramai dalam kalangan kita sering tertanya-tanya siapakah pegawai tentera berpangkat Kapten yang berdiri di sebelah …

Kapten Mohd. Khalid, pembawa Suratcara Kemerdekaan Baca Selanjutnya »

‘The Jungle is Neutral’, Kisah Seorang Gerila

Banyak buku-buku tentang sejarah berkaitan Perang Dunia Kedua di Tanah Melayu termasuk bercorak biografi ditulis terutamanya oleh pegawai-pegawai British yang melaluinya. Bagaimanapun, buku ‘The Jungle is Neutral’ tulisan Kolonel F. Spencer Chapman DSO adalah diakui sebagai yang terbaik. Buku ‘The Jungle is Neutral’ ini telah diterbitkan beberapa kali (oleh beberapa penerbit dalam beberapa versi), malah …

‘The Jungle is Neutral’, Kisah Seorang Gerila Baca Selanjutnya »

Thomas Wentworth Higginson, Young Folks' History of the United States (Boston: Lee and Shepard, 1875) 22

Tarian Perang

Ritual Keberanian Pejuang Tarian perang atau ‘war dance’ mungkin tiada dalam kamus ketenteraan moden, apatah lagi dalam susur galur sejarah kepahlawanan Melayu di nusantara. Sebaliknya, tarian perang sinonim dengan corak kehidupan etnik pnbumi khususnya di wilayah kepulauan, benua Afrika. Amerika Utara dan Selatan. Mengikut budaya mereka, tarian perang ini lebih merupakan sebagai satu pendekatan spritual yang …

Tarian Perang Baca Selanjutnya »

Scroll to Top