CSAR operasi menyelamat juruterbang penuh risiko

Pesawat tempur sememangnya memiliki kredibiliti tinggi dalam peperangan kerana keupayaannya bertempur di udara, menyerang musuh di darat atau laut. Namun, risiko terhadap pesawat tempur ialah kemungkinan untuk ditembak jatuh oleh sistem peluru berpandu pertahanan udara musuh atau apa jua sistem persenjataan yang seumpamanya. Jika sempat, juruterbang berpeluang untuk menyelamatkan diri dengan keluar dari pesawat menggunakan kerusi anjal.

Bagaimanapun, malang sekiranya dia jatuh di dalam kawasan musuh kerana kemungkinan seterusnya ialah untuk dia ditawan. Juruterbang adalah harta yang tidak ternilai bagi sesebuah angkatan udara. Percaya atau tidak, kos untuk melatih seorang juruterbang sahaja bernilai sehingga RM1 juta.

Juruterbang pejuang terpaksa menyelematkan diri dengan melenting keluar daripada pesawat menggunakan kerusi anjal yang bermakna ‘nasib’ seterusnya terletak pada pasukan CSAR yang diterbangkan untuk menyelamat termasuk jika berada di kawasan musuh.

Tidak semua pegawai yang menyertai tentera udara boleh menjadi juruterbang, terutamanya juruterbang pesawat tempur. Justeru, untuk menggantikan seorang juruterbang bukan mudah. Jika seorang juruterbang berjaya ditembak musuh dan ditawan, ia turut memberi kesan moral kepada rakan-rakan seperjuangan.

Bagi juruterbang yang ditembak jatuh dan berada dalam kawasan musuh pula, hidup dan matinya kini bergantung kepada usaha menyelamat yang dijalankan. Apabila pasukan yang ditugaskan khusus untuk mencari dan menyelamat (Search and Rescue atau SAR) diaturgerak, ini sudah pasti memberi suntikan moral. Usaha dilakukan segera untuk menyelamat juruterbang yang terperangkap dalam kawasan musuh turut menaikkan semangat para perajurit terlibat walaupun gerakan itu mungkin gagal.

Setidak-tidaknya para juruterbang serta lain-Iain kru udara dapat diyakinkan sekiranya mereka ditembak jatuh oleh musuh, pasukan SAR pasti melaksanakan tugas untuk membawa mereka keluar dengan selamat dari kawasan musuh. lni adalah apa yang yang dikenali sebagai Combat SAR atau ringkasnya CSAR atau juga disebut sebagai RESCO (Search and Rescue for Combat). Penugasan ini bukanlah sama seperti tugas SAR yang biasa dilakukan dalam keadaan aman.

Misi CSAR menyelamat dan membawa keluar juruterbang atau anggota tentera dari kawasan musuh perlu dilakukan dengan pantas dan selamat.

Ini kerana tugas mencari dan menyelamatkan juruterbang yang terperangkap dalam kawasan musuh tidak sama dengan mencari sekumpulan ahli kelab rekreasi yang tersesat dalam kawasan hutan lipur. Rintangan yang perlu dihadapi pasukan SAR waktu aman hanyalah cuaca buruk, rupabumi yang mencabar dan bukannya ancaman sistem artileri pertahanan udara musuh yang menunggu untuk menembak jatuh helikopter penyelamat pula.

Oleh itu, operasi CSAR memerlukan kelengkapan khusus bermula daripada anggota yang terlatih, juruterbang pesawat penyelamat hinggalah tim pasukan khas. Selain itu, CSAR memerlukan bantuan daripada pelbagai sumber seperti perisikan, pesawat pejuang, pesawat pemerintahan dan kawalan, malah juga kapal-kapal tentera laut. Ini kerana CSAR bukan hanya terbatas di darat malah juga di kawasan perairan musuh.

Dalam banyak siri konflik dan peperangan, CSAR merupakan salah satu unsur sokongan ketenteraan yang penting untuk diberi perhatian. Operasi CSAR sendiri sememangnya berisiko tinggi tetapi kepentingannya dalam menyelamatkan nyawa juruterbang terbabit tidak boleh dinafikan.

Pesawat dan kelengkapan berkaitan 
Helikopter adalah tulang belakang operasi SAR kerana kemampuannya untuk berlepas dan mendarat secara menegak. Helikopter boleh mendarat di tempat di ruang yang terhad, lokasi yang tidak boleh dimasuki pesawat kepak kaku atau lazimnya, mengapung (hover) di mana juruterbang yang diselamatkan dibawa naik menggunakan kabel winch.

Walaupun secara amnya semua helikopter mampu melakukan tugas CSAR tetapi ia juga bergantung kepada kesesuaian pesawat berkenaan memikul misi ini. Sehubungan itu, pihak industri pertahanan membina helikopter dengan spesifikasi khusus kerana kebanyakan misi menyelamat dilakukan jauh ke dalam kawasan musuh.

Helikopter EC725 antara pesawat yang boleh diperanankan untuk misi CSAR seperti yang digunakan oleh tentera Perancis.

Lazimnya helikopter untuk operasi ini mempunyai ciri-ciri seperti tahan lasak di mana ia mempunyai keupayaan untuk dioperasikan pada aktu malam selain boleh beroperasi dalam sebarang keadaan cuaca. Untuk kemudahan terbang malam pula bantuan alat penglihatan lnfta-merah dan sistem paparan peta berwarna diperlukan.

Pesawat juga hendaklah mempunyai ruang penglihatan yang baik pada kokpit kerana selain perlu berhubung dengan juruterbang yang perlu diselamatkan, kemampuan mata juruterbang juga mustahak dalam mengesan kedudukan mangsa.

Sebagai pesawat misi CSAR,ia juga perlu mempunyai pintu bagi menempatkan kru senjata pada kedua-dua sisi badan untuk memudahkan tugas menekan musuh sekiranya ditembak oleh musuh di darat daripada semua sisi. Selain itu manfaatnya adalah untuk membenarkan kerja membawa naik mangsa ke pintu utama pesawat dilakukan dengan pantas tanpa bertembung dengan kedudukan kru senjata.

Selain tugas utiliti, helikopter saiz sederhana Mi-17 dan Mi-8 menjadi pilihan banyak negara Eropah Timur dengan ciri-ciri asas sebagai pesawat CSAR seperti pintu dan ramp untuk laluan keluar masuk.

Helikopter yang mempunyai pintu gelongsor pada kedua-dua belah sisi badan pesawat juga bagi memudahkan mangsa dibawa masuk dari mana-mana arah. Sebaik-baiknya, pintu tanjakan di belakang (rear ramp door) juga harus ada kerana disamping menambah laluan masuk untuk mangsa, tanjakan juga boleh dijadikan tempat untuk kru senjata pertahanan pesawat bersedia mengasak musuh yang cuba menganggu misi menyelamat.

Ciri-ciri lain ialah berkeupayaan untuk mendarat pada permukaan air bagi tugas menyelamat di laut atau melancarkan dan mengambil bot pasukan khas dalam tugas sokongan peperangan khas (Special Warfare Support/SWS). Keupayaan itu sama ada dengan penggunaan sistem pam khas untuk mengawal kemasukan air atau ‘pelampung khas pada luar badan pesawat untuk mengapungkan badan helikopter.

Harus diingat bahawa SWS dan CSAR berkongsi banyak ciri memandangkan CSAR sendiri merupakan salah satu cabang peperangan khas, jadi helikopter lebih harus dilengkapi dengan pelindungan perisai pada beberapa bahagian badannya pesawat
untuk kalis tembakan senjata kecil musuh. Jika lokasi misi jauh, pesawat perlu dilengkapkan dengan tangki minyak tambahan pada luar dan dalam badan pesawat serta keupayaan untuk mengisi minyak semasa di udara.

Saiz yang besar, kedudukan ramp pada belakang pesawat serta kuasa tujahan yang lebih bertenaga untuk operasi jarak jauh menjadikan Chinook antara pilihan tugas CSAR bagi tentera yang mempunyai peruntukan kewangan besar.

Pesawat juga dilengkapkan dengan pelbagai alatan elektronik yang penting untuk membantu penerbangan dan untuk ‘hidup’ dalam persekitaran ancaman yang tinggi. Radar selain penting sebagai pengesan kedudukan di bumi dan udara, juga berfungsi untuk membantu juruterbang terbang mengikut rupabumi untuk mengelak dikesan musuh dengan menunjukkan setiap kontor, lekuk dan ketinggian bumi.

Sistem avionik bersepadu pula untuk memudahkan pandu arah pesawat masuk dan keluar dari kawasan gerakan. Sistem perhubungan terkini yang boleh disambung terus kepada pelbagai pasukan sahabat di darat dan udara serta dibantu satelit juga penting untuk menjamin kelancaran penerimaan dan penghantaran maklumat. Penyerak elektronik pula berfungsi sebagai sebahagian dari sistem pertahanan pesawat untuk menangkis gelombang elektronik musuh dan memperdayakan peluru berpandu buml ke udara.

Gerakan CSAR 
Realitinya, operasi CSAR akan dilakukan jauh ke dalam kawasan musuh ataupun kawasan yang berkemungkinan dikuasai mereka. Walaupun perancangan dilakukan secara teliti namun, operasi CSAR masih terdedah kepada bahaya. Oleh itu, ancaman utama kepada operasi ini ialah terhadap ancaman musuh kerana impak kejutan operasi semamangnya tiada. CSAR boleh dijalankan di mana-mana sahaja pada sebilang waktu seperti menyelamat juruterbang dan kru udara yang ditembak jatuh atau anggota infantri atau komando yang terperangkap dalam kawasan musuh (contoh peristiwa Pasar Bakara, Somalia pada 1993 dan penawanan tentera pengaman British di Sierra Leone pada 2000). Ia merangkumi belantara, pergunungan, padang pasir malah perairan dan kawasan bandar.

Perhatikan kedudukan kru mesingan pada sisi helikopter Blackhawk manakala anggota berdekatan pintu gelongsor meninjau keadaan sebelum sedia untuk diturunkan.

Operasi hanya dilancarkan sekiranya pihak markas kawalan telahpun berjaya menerima isyarat daripada juruterbang malang yang hendak diselamatkan tetapi mestilah dengan data kedudukan lokasi yang paling tepat. Ini kerana menurut rekod yang dicatatkan semasa Perang Teluk 1991, daripada 38 buah pesawat pihak berikat yang ditembak jatuh, hanya tujuh sahaja misi CSAR yang benar-benar boleh dilaksanakan dan tiga daripadanya berjaya. Apabila juruterbang yang ditembak jatuh disahkan berjaya keluar dari pesawat dan kini berada dalam kawasan musuh, pasukan SAR yang diletakkan dalam keadaan siap-siaga diterbangkan ke sasaran. Ia akan dilindungi dari ancaman darat dan udara musuh oleh iringan pesawat-pesawat pejuang dan penyerang yang disokong pula pesawat tangki minyak setelah mengambil kira faktor jarak jangkauan keseluruhan tim kerana kebanyakan misi menyelamat berlaku jauh ke dalam barisan musuh. Sebuah pesawat pos pemerintah pula akan berlegar di ruang udara sekitar untuk menyelaras gerakan serta memaklumkan kepada pusat kawalan gerakan dengan bantuan pesawat radar AWACS yang akan memantau
pergerakan udara musuh bagi memastikan keselamatan misi menyelamat dan juga mengarahkan laluan penerbangan bagi keseluruhan tim CSAR yang terbabit.

Pemandangan juruterbang pada kokpit helikopter penting semasa operasi CSAR untuk melihat keadaan persekitaran di darat selain berkomunikasi dengan ahli tim.

Juruterbang yang berhubung dengan tim penyelamat menerusi radio kecemasan mudah alih miliknya akan memaklumkan keadaan semasa dan menentukan masa atau tempat yang selamat untuk menyelamatkannya. Bagi mengelakkan helikopter penyelamat dari diperdaya oleh musuh yang mungkin menawan juruterbang serta merampas radio tersebut, kod-kod percakapan khas digunakan bagi perhubungan antara mangsa dan tim penyelamat. Radio kecemasan juruterbang biasanya mempunyai dua jenis pilihan suis penghantar suara dan isyarat.

Penggunaan suara hanya dibuat jika mangsa dapat melihat melihat pesawat penyelamat. Penggunaan aiat-alat isyarat untuk memanggil ‘masuk’ helikopter penyelamat bergantung kepada cuaca, waktu atau keadaan sekeliling serta situasi semasa. Cermin, lampu suluh, suaran dan lampu isyarat kecemasan merupakan piiihan untuk isyarat tersebut. Bagaimanapun, CSAR bukanlah sesuatu yang mudah bagi kedua-dua pihak di bumi dan udara. Sekiranya mangsa cedera parah dan tidak dapat dirapati secara terus oleh pesawat kerana ancaman pihak musuh yang berdekatan, tim penyelamat akan digugurkan atau diturunkan dari udara untuk mendapatkan mangsa, memberi pertolongan cemas, menstabilkannya dan berusaha membawanya keluar dari kepungan musuh.

Filem BAT 21 yang mengisahkan misi CSAR menyelamatkan Lt Kol Hambleton iaitu salah seorang kru pesawat peperangan elektronik USAF yang terhempas di kawasan musuh semasa Perang Vietnam. Operasi ini mengambil masa selama 11 hari termasuk kehilangan helikopter CSAR yang sepatutnya menyelamatkan beliau.

Apabila kedudukan mangsa benar-benar dapat dikenalpasti, pesawat-pesawat tempur yang mengiringi helikopter SAR akan terlebih dahulu mengebom dan membedil kedudukan musuh di sekeliling tempat persembunyian mangsa. Ini bertujuan untuk menekan atau memusnahkan terus tentangan musuh bagi memudahkan helikopter menyelamatkan mangsa. Selain tembakan langsung, guguran bom asap untuk mengelirukan atau menghalang pandangan musuh juga dilakukan oleh pesawat-pesawat yang ditugaskan melindungi helikopter CSAR.

Beberapa pesawat pejuang pula akan membuat rondaan udara penyelamat (Rescue Air Patrol/ RESCAP) untuk menghalang serangan udara musuh ke atas tim CSAR. Apabila keadaan telah benar-benar selamat, helikopter terbabit akan terbang ke arah mangsa, mengapung atau mendarat untuk mengambil mangsa. Kru senjata yang sudah sedia pada kedudukan masing-masing di dalam helikopter akan melepaskan tembakan ke semua penjuru bagi menghalang sebarang cubaan musuh merapati mangsa dan menggagalkan gerakan.

Helikopter Jolly Green Giant jenis sama yang ditugaskan dalam misi CSAR semasa Perang Vietnam

Risiko dalam gerakan CSAR sememangnya tinggi. Kemungkinan untuknya terhalang, terlewat atau gagal tetap ada, menerima tentangan musuh yang terlalu hebat atau mangsa sendiri telah dapat ditawan oleh musuh. Malah dalam beberapa peristiwa yang pernah berlaku, tim CSAR sendiri ditembak jatuh oleh musuh sehingga mengorbankan kru helikopter terbabit. Kerana itu CSAR merupakan satu gerakan khas bersepadu yang membabitkan bantuan pelbagai jenis unsur dan aset ketenteraan dari ketiga-tiga perkhidmatan darat, laut dan udara.

Misi CSAR bukanlah semata-mata untuk helikopter sahaja. Ia turut melibatkan pesawat pejuang, pesawat tangki, helikopter bersenjata malah satelit pengawasan dan sistem radar. la berjalan 24 jam dalam banyak kes di mana masa yang diambil untuk menyelamat agak lama. Bukanlah sesuatu yang mengejutkan bila misi untuk menyelamat hanya seorang juruterbang yang ditembak jatuh melibatkan beberapa skuadron pelbagai jenis pesawat dan penggunaan bertan-tan peluru, peluru berpandu, bom dan roket. Lebih dari itu, ada misi CSAR yang dijalankan serentak dengan gerakan Penumpasan Pertahanan Udara Musuh atau SEAD (Suppression of Enemy Air Defence) bila kawasan gerakan (SAR tersebut dipertahankan oleh sistem artileri pertahanan udara musuh yang kuat dan lengkap.

Sebagai contoh semasa Perang Vietnam, tim CSAR tentera udara AS biasanya mengandungi sebuah helikopter bersaiz besar seperti HH-53 Jolly Green yang bertindak sebagai helikopter utama yang membawa tim penyelamat. la akan diiringi oleh pesawat serangan udara ke darat seperti A-1E Skyraider ‘Sandy’ bagi memberi sokongan tembakan jika perlu bagi membolehkan HH-53 menyelamatkan mangsa. Manakala sebuah pesawat ringan akan bertindak sebagai Pesawat Kawalan Hadapan Tembakan Udara (Forward Air Controller Aircraft) jenis 0-1. Pesawat ini berperanan sebagai pemantau/perantara dengan markas kawalan sehinggalah pesawat serangan udara ke darat tiba. Ia juga bertanggungjawab membantu memberikan lokasi juruterbang dipercayai berada, memandu serangan kepada pesawat seperti Sandy dan menanda kawasan tersebut dengan bom asap bagi memudahkan tim CSAR. Menjelang 1970, tugas ini dilakukan oleh pesawat 0V-10 Bronco yang lengkap dengan alat penglihatan malam.

Informasi Tempur

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top