Eks Haringgaroo – Persahabatan unik Harimau-Kangaroo

Eksesais (Eks) Haringgaroo mengeratkan kerjasama dan persefahaman pada peringkat kepimpinan kecil antara Tentera Darat Malaysia (TD) dan Tentera Darat Australia (Australian Army) termasuk pelaksanaan arahan dari lokasi. Walaupun pelaksanaannya sama seperti mana lain-lain Iatihan tempur konvensional TD lain, namun Eks Haringgaroo penting kerana menggabungkan dua tentera yang berlainan latar belakang tetapi mempunyai beberapa persamaan.

Hubungan Malaysia dan Australia sendiri khususnya kerjasama dalam bidang ketenteraan mempunyai sejarah yang cukup panjang, akrab dan unik. Malah, hubungan terjalin kedua-dua negara sebenarnya adalah kesinambungan daripada hubungan yang terjalin sejak era kolonial lagi. Ketika itu Tanah Melayu atau Malaya merupakan antara wilayah yang cukup penting dalam Empayar British. Disebabkan mempunyai tanah jajahan yang luas, maka kerajaan British perlu bijak dalam mengatur penempatan tenteranya daripada setiap empayar.

Dalam konteks Tanah Melayu, kedudukan yang stabil tanpa ada penentangan daripada pribumi yang benar-benar mengancam keselamatan dan ekonomi meyakinkan penjajah British bahawa wilayah ini hanya memerlukan pengawasan sahaja dan bukan kawalan.

Maka pilihan terbaik untuk menempatkan anggota tentera di sini ialah dengan mengatur gerakkan khidmat sejumlah tentera dari Australia bagi melengkapi jumlah tentera British dan India. Dengan menempatkan tentera dari negara kangaroo ini, maka secara tidak langsung kerajaan British boleh memberi perhatian kepada soal keselamatan di tanah jajahan lain yang lebih meruncing. Bagaimanapun, hal ehwal pentadiran Malaya secara keseluruhannya masih lagi di bawah pegawai-pegawai British.

Bermula daripada Perang Dunia Kedua, Darurat dan Konfrantasi, penglibatan tentera Australia memang tidak boleh dinafikan terpahat kukuh dalam se|arah Malaysia. Malah menjelang bulan-bulan terakhir serangan Jepun ke atas Tanah Melayu semasa Perang Dunia Kedua, kerajaan British mengerahkan Divisyen ke-8 Australia untuk menguatkan pertahanan Malaya.

Walaupun kehadiran tentera Australia ke sini atas ikatan sesama Negara Komanwel, namun sumbangan besar tentera kanggaro ini wajar dihargai kerana bukan sedikit daripada mereka yang terkorban dan tercedera semasa mempertahankan negara lni khususnya pada era awal kemerdekaan.

Penubuhan Kem Terendak di Melaka misalnya adalah sebagai penempatan tentera Australia bersama-sama Britain dan New Zealand di Malaysia. Kem yang menempatkan Briged Infantri Komanwel ke-28 ini mula dibina pada tahun 1957 menerusi pembiayaan kerajaan ketiga-tiga negara dan siap tujuh tahun kemudian di kawasan seluas 1.500 ekar manakala kawasan latihan sahaja seluas 3,500 ekar. Sebelum ini, briged berkenaan berada di utara tanah air sebelum dipindahkan ke sini. Kem Terendak mula diduduki briged ini secara berperingkat-peringkat bermula tahun 1959 hingga pertengahan 1960an. Sebuah batalion infantri dan satu bateri artileri Australia ditempatkan bersama briged ini secara penggiliran sehinggalah briged berkenaan dibubarkan.

Kehadiran mereka terus relevan semasa konflik Perang Dingin melalui hubungan dalam Persetujuan Pertahanan Lima Negara (Five Power Defence Arranqmenl – FPDA) yang turut melibatkan Britain dan New Zealand dalam pelan mempertahankan Malaysia dan Singapura daripada ancaman luar. Memperkukuhkan kehadiran tentera kangaroo di negara ini ialah penempatan dua skuadron pesawat pejuang Mirage Tentera Udara DiRaja Australia (RAAF) di Pangkalan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) Butterworth sehingga penghujung tahun 1986.

Walaupun Malaysia kini bebas daripada penempatan tentera asing, tetapi atas semangat kerjasama dan persefahaman maka satu kumpulan kecil Tentera Darat Australia dibenarkan ditempatkan di Butterworth berkekuatan satu kompeni. Ini bukan bermakna negara tunduk kepada kuasa asing, sebaliknya kehadiran tentera kanggaroo ini lebih bersifat mengeratkan hubungan dua negara yang mempunyai banyak kesamaan. Penempatan mereka juga ada hubung kait dengan FPDA kerana di TUDM Butterworth juga merupakan Markas Pemerintahan Udara Gabungan (HQ IADS) yang ditubuhkan pada tahun 1971. Tugas pengawasan udara ini juga menyaksikan Australia kerap menghantar pesawat-pesawat tempur untuk terbabit dalam latihan seperti F-111, F/A-Hornet dan P-3 Orion.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM), khasnya TD mempunyai banyak kesamaan dengan Tentera Darat Australia, malah boleh dikatakan kedua-dua pasukan mengguna pakai doktrin pertahanan darat yang serupa tetapi mengikut konsep perlaksanaan masing-masing. Dalam beberapa aspek, Tentera Darat Australia boleh dikatakan termaju dan mendahului TD, misalnya dalam konsep pasukan mekanis dan armor yang disifatkan sebagai yang terbaik di rantau Asia Pasifik.

Latihan tahunan pasukan mekanis TD di sana secara langsung mewujudkan hubungan baik kedua-dua pihak. Australia juga merupakan contoh sebuah negara yang memiliki jumlah anggota tentera yang terhad tetapi mengimbangkan pertahanan negara dengan aplikasi teknologi moden dan kuasa tembakan. Menerusi pengalaman terbabit dalam banyak misi ketenteraan luar negara seperti Perang Korea, Perang Vietnam sehingga di Afghanistan, Iraq dan Timor Timur, banyak yang boleh dipelajari daripada negara Kanggaro ini. Pertukaran pegawai ATM atau yang mengikuti pengajian ketenteraan di sana juga antara langkah bijak Malaysia menimba ilmu yang berharga dari sana, sekali gus kerjasama ini memang menguntungkan kedua-dua negara juga

Latarbelakang Haringgaroo

Ia merupakan siri latihan peperangan darat khusus untuk tentera kedua-dua negara mengikut konsep timbal balas yang diadakan setiap tahun. Gabungan nama dua bintang ikon kedua-dua negara iaitu Harimau dan Kanggaro mewuiudkan akronim unik ini sebagai bukti kerjasama erat kedua-dua negara. Nama Haringaroo bagaimanapun hanya digunakan pada latihan kedua-dua negara yang berlangsung di Malaysia sahaja. Ini kerana sebaliknya jika Iatlhan serupa diadakan di Australia, ia dikenal sebagai Ex-Southern Tiger.

 

Eks Haringaroo telah pun wujud sejak era 1970-an dan ketika itu ia memberi penekanan terhadap konsep Peperangan Konvensional (CW) sejajar dengan peraIihanTD ketIka itu daripada konsep Perang Melawan Insurgensi (CIW). Doktrin CW kita ketika itu ialah tentang kemungkinan untuk menghadapi ancaman tentera musuh yang dipercayai datang dari arah utara tanah air. Mengikut strategi, konsep Ex-Haringgaroo melibatkan perlaksanaan atur gerak peringkat briged atau divisyen, bagaimana pun perlaksanaan semasa latihan sebenar kerap melibatkan peringkat kompeni dan batalion.

Siri latihan tahunan ini dilaksanakan sepertimana termaktub di bawah Program Keriasama Pertahanan Malaysia-AustralIa (MAJDP). Sepertimana dijelaskan, ia bertujuan merapatkan hubungan dan kerjasama pertahanan serta keselamatan antara Malaysia-Australia. Selain itu, Eks Haringgaroo juga bertujuan menguji kemampuan serta pelaksanaan operasi antara kedua-dua pasukan darat serta keupayaan komunikasi antara pihak pemerintahan kecil masing-masing terutama bagi menilai tahap kemampuan para pegawai dan pelaksana. – Informasi Tempur

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top