Hari terbuka Kem Terendak gamit masyarakat dekati TD

Pada 1 Mac bersempena Hari Ulang Tahun ke-87 Tentera Darat, satu pameran ketenteraan yang melibatkan pasukan-pasukan tempur, bantuan tempur dan bantuan perkhidmatan telah diadakan bertempat di Dataran Kem Terendak, Melaka.

Pameran yang berlangsung selama dua hari itu telah memberi peluang kepada masyarakat awam di sekitar negeri Melaka untuk melihat secara lebih dekat aset-aset milik TD.

Apa yang paling menarik dalam pameran ini menurut warga masyarakat yang hadir, adalah demonstrasi aturgerak meriam oleh Rejimen Artileri Diraja (RAD). Ada antara mereka yang hadir mengakui baru mengetahui meriam howitzer 105mm Oto Melara boleh dibuka cerai dan dibawa metentas keadaan muka bumi yang sukar.

Demonstrasi penugasan medan kembalik oleh Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja (KJLJD) juga turut memukau penonton dengan aksi tim keselamatan TD yang mengiringi kembalik, memberi perlindungan keselamatan semasa tugas menunda trak 3 tan yang rosak dijalankan.

Dianggarkan lebih 2,000 pengunjung telah hadir sepanjang pameran berkonsepkan karnival tersebut berlangsung. – Informasi Tempur

Demonstrasi penugasan medan RSD
Demonstrasi kawad aturgerak dan penembakan meriam howitzer 155mm G5
Penerangan mengenai pembinaan jambatan oleh anggota RAJD
Anggota sajian KPD menerangkan keupayaan Dapur Medan Bergerak
Anggota KPTD bersama motorsikal scrambler untuk penugasan medan.
Penerangan mengenai versi ambulans MIFV oleh anggota KKD yang ditumpangkan ke 14 RAMD (Mekanis)
Antara persenjataan infantri milik formasi 10 Briged Para

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top