Thomas Wentworth Higginson, Young Folks' History of the United States (Boston: Lee and Shepard, 1875) 22

Tarian Perang

Ritual Keberanian Pejuang

Tarian perang atau ‘war dance’ mungkin tiada dalam kamus ketenteraan moden, apatah lagi dalam susur galur sejarah kepahlawanan Melayu di nusantara. Sebaliknya, tarian perang sinonim dengan corak kehidupan etnik pnbumi khususnya di wilayah kepulauan, benua Afrika. Amerika Utara dan Selatan.

Mengikut budaya mereka, tarian perang ini lebih merupakan sebagai satu pendekatan spritual yang sering diamalkan oleh etnik atau puak masing-masing yang diwarisi sejak turun temurun khususnya terhadap para pahlawan mereka suatu masa dahulu. Sesuai dengan namanya, kebiasaannya tarian perang dipersembahkan bagi meniup atau menaikkan semangat para pahlawan mereka ketika itu sebagai persiapan sebelum ke medan perang, bagi meraikan kejayaan selepas peperangan atau sebagai satu upacara pada hari perayaan tertentu.

 Ini kerana selain aspek kekuatan fizikal dan kelengkapan peralatan perang, faktor lain yang harus diberi penekanan ialah semangat dalaman para pejuang atau spritual bertujuan memantapkan lagi keyakinan mereka untuk berhadapan dengan musuh, Semakin tinggi paras keyakinan. maka semakin tebal tahap keberanian seseorang pahlawan itu sekal igus menolak perasaan takut termasuk bersedia untuk menghadapi kematian atau terkorban.

Walau apa etnik sekalipun, persembahan tarian perang pasti mempunyai ritual tersendiri yang meniadi kepercayaan etnik atau puak tersebut. Bagi  mempersembahkan tarian perang, ia biasanya dilakukan pada satu upacara khusus yang penuh dengan pantang |arang tersendiri yang diketuai individu berpengaruh seperti ketua puak atau bomoh sahaja dengan bacaan bait-bait mentera.

Mentera dan jampi

Biasanya ayat atau mentera yang dibaca oleh bomoh atau ketua puak tadi harus juga dihafal oleh para pahlawan yang bakal membuat persembahan tarian perang itu dan kebiasaannya mentera tersebut berupa kata-kata semangat yang melambangkan keberanian, keyakinan, perasan kepada alam dan tuhan serta kesanggupan menanggung apa jua akibat selepas kematian.

Menurut kepercayaan mereka, mentera tadi berupa sumpah atau janji pahlawan sebelum meninggalkan puak masing-masmg untuk berjuang. Apa yang pasti, tarian perang akan dipersembahkan kepada pihak tertinggi misalnya ketua puak atau panglima perang mereka bagi menunjukkan kesediaan barisan para pahlawan selain yang menyatakan taat setia serta kesanggupan untuk berkorban demi etnik.

Seringkali iuga persembahan tarian perang yang telah dianggap sebagai ritual keagamaan penting sesebuah etnik akan dilangsungkan sebagai satu upacara rasmi yang dihadiri semua rakyat atau penduduk kampung. la umpama majlis keramaian.

Para pahlawan yang terpilih pula akan berpakaian lengkap dengan senjata seperti hendak berperang, wajah yang diwarnakan mengikut corak tertentu, malah menjadi kebanggaan pula untuk mempersembahkan tarian perang di hadapan ketua puak mereka. Pelengkap kepada upacara ritual masyarakat kuno ini bagi membina perasaan yakin dan membentuk semangat berjuang tadi, maka para pahlawan akan diberi minum alr yang telah dliampi atau dlsuap makanan tradisi.

Tarian Perang Melayu

Dalam susur galur kepahlawanan Melayu atau Nusantara pula. istilah tarian perang mungkin boleh disamakan dengan upacara meraikan pemergian para pendekar yang akan berjuang atas titah perintah Sultan. Seperti mana etnik Iain, masyarakat Melayu turut mempunyai ritual tersendiri.

Repronegatief. Schermdansers in Fort de Kock aan de Sumatraanse westkust

Berbeza dengan tarian perang etnik pribumi lain, pentas tanan perang bagi pendekar Melayu atau Nusantara dipercayai dilaksanakan di gelanggang persilatan sama ada di pekarangan kediaman penghulu, ketua kampung atau mahaguru. Tarian perangnya adalah bunga pencak silat yang dipersembahkan secara beramai-ramai dalam kumpulan pada iumlah tertentu atau berseorangan.

Setiap langkah dan pencak yang diatur kemas memaparkan kesetiaan dan kesungguhan para pendekar yang rela mempertaruhkan nyawa di atas perinah Sultan atau Raja. Menglrlngi persembahan pencak silat sudah pasti paluan rebana, gendang, tiupan serunai dan gong yang meniadi irama perang sekali gus memibulkan rasa berani dalam kalangan pendekar.

Seperti juga etnik lain, mentera atau jampi serapah serta asap kemenyan akan menyelubungi persekitaran gelanggang silayt ketlka itu. Mengakhiri upacara ialah menyuapkan pulut berani yang telah dijampi atau diberi makan daun sireh serta pinang muda.

Persoalan sama ada pulut, sireh atau air jampi yang diberi benar-benar menyemarakkan semangat juang dalam kalangan pendekar atau para pahlawan zaman sulam sukar untuk diungkap. Tetapi yang pasti, ritual yang hampir lenyap ini kinl mula mendapat tempat dl kalangan pasukan tentera moden hari lnl.

-InformasiTempur

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top