‘The Jungle is Neutral’, Kisah Seorang Gerila

Banyak buku-buku tentang sejarah berkaitan Perang Dunia Kedua di Tanah Melayu termasuk bercorak biografi ditulis terutamanya oleh pegawai-pegawai British yang melaluinya. Bagaimanapun, buku ‘The Jungle is Neutral’ tulisan Kolonel F. Spencer Chapman DSO adalah diakui sebagai yang terbaik.

Buku ‘The Jungle is Neutral’ ini telah diterbitkan beberapa kali (oleh beberapa penerbit dalam beberapa versi), malah kalangan pengkaji barat mengangkatnya sebagai sebuah kisah benar yang paling hebat dalam sejarah perang gerila menentang Jepun di Tanah Melayu semasa Perang Dunia Kedua. la antara novel peperangan bukan fiksyen yang paling laris di dunia. Laman jualan buku online seperti Amazon misalnya ada menjual buku ini termasuk edisi terdahulu yang dijual sebagai koleksi.

Mungkin nama Spencer Chapman tidak ada tercatat di tugu pahlawan, tetapi beliau adalah antara individu penting dalam sejarah penentangan terhadap tentera Jepun di Tanah Melayu semasa Perang Dunia Kedua. Tentunya ada di antara kita masih ingat semasa belajar sejarah di sekolah menengah dahulu (bagi generasi bersekolah sekitar tahun 80an), semasa subjek Perang Dunia Kedua pasti guru sejarah anda pernah menyebut nama Kol Spencer Chapman dan Sekolah Latihan Khas 101.

Bagaimanapun, jarang ada guru sejarah pada masa itu yang dapat memberi penjelasan terperinci siapakah Chapman dan apakah sebenarnya pasukan 101 ini. Mungkin juga kerana mereka sendiri pun kurang arit disebabkan hanya mengetahui latar belakang sejarah Perang Dunia Kedua melalui bacaan buku teks semasa menuntut di pusat pengajian. Bagi mereka yang berminat, apa kata capai dan amati buku ini. Apa yang pasti anda akan mendapat kepuasan setelah membaca ‘The Jungle is Neutral’ ini, yang ditulis oleh Chapman berdasarkan pengalaman beliau selama hampir empat tahun hidup dalam hutan Tanah Melayu menentang Jepun.

Umpama sebuah kisah pengembaraan, ia bermula dengan kedatangan Chapman ke Tanah Melayu dari Australia pada beberapa bulan terakhir sebelum meletusnya Perang Dunia Kedua di Tanah Melayu. Melalui tulisannya, kita dapat membaca sebuah kenyataan ]uiur apabila beliau memberi gambaran seiauhmana ‘ancaman Jepun’ kepada pihak British.

Sebagai pegawai tentera sebuah negara kuat di dunia, beliau mengakui ramai yang tidak percaya bahawa Jepun akan melancarkan perangnya ke Asia Tenggara. Ini kerana pertahanan di Singapura yang dikatakan ‘kebal’ menambahkan keyakinan British betapa kuat dan bersedianya mereka sekiranya diserang musuh, apatah lagi Jepun yang dianggap kerdil. Hakikatnya tidak.

Syarikat penerbitan Times International pernah menerbitkan semula buku ini pada tahun 2001 dan laku keras. Buku setebal 347 muka surat ini dimulakan dengan kisah kedatangan Chapman ke Sekolah Peperangan Gerila (Sekolah Latihan 101) di Singapura. Rancangan British ketika itu ialah bagi melatih orang-orang tempatan untuk dijadikan sebagai pasukan tinggal belakang bagi mengharu kedudukan tentera Jepun.

Chapman yang pernah menjadi jurulatih di Sekolah Latihan Komando British ini sememangnya melihat gerakan mengharu menggunakan kumpulan kecil adalah antara pilihan terbaik semasa memerangi kemaraan Jepun. Ini kerana sebuah kumpulan kecil tetapi terlatih berupaya memberi kesan kemusnahan kepada musuh terutama bagi operasi-operasi sabotaj.

Malangnya, cara ini hanya menjadi pilihan pihak pemerintahan tertinggi British pada minggu-minggu terakhir perang. Sekolah Latihan 101 ini telah melatih beberapa kumpulan Cina daripada Malayan People’s Anti Japanese Army (MPAJA) taktik peperangan gerila. Pada mulanya pihak British keberatan untuk bekerjasama dengan MPAJA, namun disebabkan tiada pilihan mereka terpaksa disebabkan perlu mempunyai jalinan perhubungan sekiranya British tewas.

Terdapat 19 buah bab di dalam buku ini, dan setiap bab merupakan laiuk-taiuk utama dalam penceritaan pengalaman Chapman bermula sejak dalang ke Tanah Melayu sehinggalah kembali semula ke Tanah Melayu selepas tamat perang. Pada tiga bab pertama tertumpu kepada gerakan awal beliau dalam aktiviti pra-subversif iaitu sewaktu menjalankan kerja-kerja peninjauan melihat kemaraan tentera Jepun.

Bersama beberapa orang anggotanya, Chapman mengambil insitatif melancarkan gerakan peninjuan kedudukan musuh di garisan belakang. Bermula dengan operasi di Tanjung Blanja, Parit di Perak, pembaca mula dibawa menjelajah ke alam pengembaraan beliau. Empat bab berikutnya pula mengisahkan tentang permulaan operasi-operasi subversif beliau semasa pendudukan Jepun termasuk pembabitan beliau bersama gerila-gerila MPAJA.

Tidak semudah yang digambarkan dalam penceritaan, kehidupan beliau sepanjang peperangan ini mungkin sesuatu yang mustahil untuk dilakukan oleh manusia biasa, apatah lagi bagi seorang berbangsa kulit putih yang terlalu asing dengan persekitaran hutan tropika Tanah Melayu.

Namun, inilah yang dilalui oleh Kol Spencer Chapman. Beliau yang terdedah dengan persekitaran lasak dan mencabar sejak usia muda termasuk menyertai beberapa ekpedisi ekstrem memang indivudu tepat dipilih tentera British. Sedikit sebanyak pengalaman ikhtiar hidup beliau selain kecerdasan berfikir membolehkan Chapman terus bernyawa. Ketika inilah beliau mula bergaul dengan gerilagenla MPAJA dan bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi bagi mengelakkan serangan Jepun. Ini kerana kehidupan sebagai pejuang semasa perang amat memeritkan. Kawan boleh menjadi lawan dan sahabat mungkin juga boleh menjadi tali barut kepada musuh.

Bab 8 hingga 11, rentetan kehidupan beliau sebagai ‘pelarian’ di dalam hutan di Pahang, menjadi buruan Jepun sehinggalah penggabungan dengan gerila Force 136 serta pertemuan dengan John Davis dan Richard Broome (dua lagi nama penting dalam gerakan penentangan Jepun di Tanah Melayu). Pengembaraan beliau bukanlah sebuah perjalanan yang indah, namun pengalaman inilah yang menjadi intipati kepada Chapman.

Menurut beliau, ramai yang beranggapan hutan adalah satu alam yang asing terutama bagi orang kulit putih sepertinya. Hakikatnya hutan adalah sebuah persekitaran yang sama atau ‘neutral’, dan ia akan menjadi asing apabila kita sendiri mengasingkannya dan gagal mengadaptasikan keadaan hutan. Bagi Chapman, hutan ada segala-galanya dan dari dalam hutanlah beliau dapat terus hidup sepanjang perang.

Buku ‘The Jungle is Neutral’ boleh dianggap sebuah karya klasik Perang Dunia Kedua di Tanah Melayu yang ditulis daripada kacamata seorang pegawai Inggeris yang terbabit secara langsung dengannya. Tambah menarik kerana ia menggabungkan fakta sejarah dan pengembaraan sebenar.

-InformasiTempur

3 thoughts on “‘The Jungle is Neutral’, Kisah Seorang Gerila”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top